Home

Friday, June 25, 2010

[AKTIVITI] Lawatan Sambil Belajar ke SIRIM

Tarikh : 24 Jun 2010
Masa  : 2.30 - 5.00 ptg
Tempat : SIRIM, Seberang Prai, Penang



Kelab Pengguna Kolej Mara Kulim telah dengan rasminya mengadakan lawatan sambil belajar kami yang pertama iaitu, ke SIRIM. Mungkin anda tertanya-tanya kenapa kami memilih SIRIM sebagai tempat lawatan dan apakah kaitan SIRIM dalam kehidupan seharian kita sebagai Pengguna yang bijak.

 
Bagi mereka yang tidak tahu, SIRIM adalah singkatan untuk Standard and Industrial Research Institute of Malaysia, yang mana merupakan dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan merupakan sumber yang telah dilantik oleh kerajaan sebagai organisasi rasmi kerajaan bagi penyelidikan standard dan kualiti serta merupakan pihak bertanggungjawab bagi mempromosikan teknologi dan kepakaran di Malaysia ke mata global.

Pengerusi Kelab Pengguna KMK bersama dengan penceramah 
setelah selesai ceramah pendedahan kepada SIRIM.


ALBUM KENANGAN SEPANJANG LAWATAN KE SIRIM

Antara contoh barangan yang diakui oleh SIRIM

 
Ahli kami, Shafiq, bersama contoh keris di pejabat SIRIM.

Sewaktu ceramah sedang berlangsung.

Pengerusi kami ketika baru sampai. Ceria selalu.

Pengguna Bijak !

Lipstik Pilihan ?



Berhati-hati ketika membeli gincu bibir merah anda! produk itu mungkin mengandungi Plumbum (Pb) berlebihan daripada kuantiti yang dibenarkan.


Laporan daripada laman sesawang Campaign for Safe Cosmetic kajian telah dilakukan oleh makmal-makmal bebas keatas beberapa produk gincu bibir yang dibeli di sekitar kawasan Boston, Hartford, Connecticut, San Francisco adan Minneapolis, hasil ujian mendapati 20 daripada 33 jenama gincu bibir popular mengandungi Plumbum dan tidak disenaraikan dalam bahan kandungannya!

antara jenama produk gincu bibir yang mengandungi Plumbum:
·         L’Oreal Colour Riche “True Red”
·         L’Oreal Colour Riche “Classic Wine”
·         Cover Girl Incredifull Lipcolor “Maximum Red”
·         Dior Addict “Positive Red”
Plumbum boleh memberikan kesan negatif kepada hampir kebanyakan organ dalam sistem badan dan boleh merosakan sistem saraf - Agency for Toxic Substances and Disease Registry (ATSDR)

Di Malaysia terdapat banyak produk kosmetik yang semakin hari semakin bertambah. Oleh itu sebagai pengguna bijak berhati-hatilah ketika memilih jenama kosmetik anda, pastikan produk tersebut telah disahkan selamat.


Post ini adalah berdasarkan artikel dalam laman sesawang http://consumer.org.my/



Friday, June 18, 2010

Tips Untuk Pengguna Bijak

'6' Tips Ketika Membeli-Belah.


  • FIKIR terlebih dahulu apa barangan yang hendak dibeli, tahap keperluannya dan buat BELANJAWAN.
  • Pilihlah barangan BUATAN MALAYSIA.INGAT! kikiskan stereotyping bahawa barangan inport lebih baik dan berkualiti, produk Malaysia pun apa kurangnya!
  • Pastikan barangan dalam KEADAAN BAIK tin tidak kemek, plastik terbuka dan kuantiti mencukupi
  • semak LABEL HARGA jika ada PILIHAN bandingkan harga, pilih yang berpatutan
  • periksa TARIKH LUPUT
  • buatlah pilihan BIJAK dan ingatlah hak anda sebagai pengguna!

Thursday, June 10, 2010

PENGENALAN

    Dalam sistem pasaran yang semakin kompleks,kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah peniaga atau pembekal mahupun pengguna.Sehubungan itu,ilmu kepenggunaan bukan lagi merupakan pilihan tetapi keperluan bagi kita semua yang setiap masa memain dwi-peranan sebagai pengguna dan peniaga serta pembekal.Dengan menjadi pengguna yang bermaklumat,kita akan sentiasa berwaspada terhadap barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran supaya kita memperoleh barangan atau perkhidmatan yang memberi nilai untuk wang yang dibelanjakan.
    
        Bagi mewujudkan situasi yang kondusif,Kelab Pengguna Kolej Mara Kulim ini sentiasa bersedia untuk menyediakan pelbagai landasan kepada para pengguna untuk menerima segala aduan serta menangani isu-isu yang membabitkan perlindungan hak-hak pengguna samada dari sudut pemberian khidmat nasihat,penguatkuasaan
undang-undang mengikut akta yang sedia ada serta tribunal untuk membolehkan
pengguna membuat tuntutan sekiranya mendapati hak pengguna dicabuli.

Pengguna Berhemah,Peniaga Beretika:
Asas Kemakmuran Negara